Dasar Pendidikan Adam_Abdul_Hamid

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2002 pada 19 Jun 2002, Adam tidak berpuas hati dengan cara Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa Mohamad mengendalikan isu-isu pendidikan. Beliau turut disokong oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Abdul Aziz Sheikh Fadzir. Beliau membuat usul undi tidak percaya kepada Tan Sri Musa pada mesyuarat UMNO bahagian Senai. Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Pulai Dr Mohamed Azam Rauzan dalam satu artikel yang ditulisnya dalam sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu mendakwa perwakilan selalunya tidak bebas bercakap kerana diminta untuk menjaga imej ketua perhubungan UMNO negeri masing-masing. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad kecewa dengan pencapaian pelajar Melayu dan akhirnya PPSMI dilaksanakan pada 2003.[1]